Thursday, 15 October 2015

 Hye kawan-kawan semua .
Ini merupakan sambungan daripada blog saya yang sebelum ini .
Sebanyak empat tajuk yang saya akan kemukakan melalui blog ini .





untuk forum yang kedua ini ialah
 berkaitan dengan sosioemosi kanak-kanak .


" Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembagan sosioemosi kanak-kanak "

Berikan pendapat anda berkaitan dengan tentang tajuk tersebut .








Syukran jazilan kerana sudi meluangkan masa untuk berforum .
Maal salamahh .

^_^  Assalamualaikum  ^_^






















9 comments:

  1. Pada pendapat saya,rakan sebaya mampu memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak merupakan satu dimensi dimana kanak-kanak berada dalam proses untuk mengenali dan mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bermain dengan rakan-rakan mempercepatkan proses perkembangan otak kanak-kanak. Ini merupakan proses pembelajaran tidak formal dimana mereka mendapat pengajaran melihat, bermain, dan bertanya. Apabila bersama dengan rakan-rakan, mereka akan lebih aktif, ketika bermain, belajar dan meningkatkan kadar perkembangan sosioemosi. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Ini merupakan pendapat yang mampu saya berikan dan semoga ia dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih diatas kesudian saudari untuk meluangkan masa berforum dengan saya. Memang betul,apabila kanak-kanak berumur 7-12 tahun mereka lebih banyak meluangkan masa bersama dengan rakan-rakan mereka berbanding dengan ibubapa atau pun keluarga. Disebabkan ini lah, rakan sebaya amat penting dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Jika kanak-kanak tersebut berkawan dengan orang yang jenis pemarah, secara tidak langsung mereka juga akan menjadi seorang yang baran.

      Delete
  2. Pada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.
    Diharapkan pendapat saya ini memberi input kepada anda walaupun sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. terima kasih diatas pendapat anda itu,memang rakan sebaya amat mempengaruhi perkembangan emosi kanak-kanak.kanak-kanak lebih terpengaruh dengan rakan sebaya nya kerana mempunyai lebihan masa bersama dalam kehidupan seharian.

      Delete
  3. Assalamualaikum saudari.

    Pada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.

    Oleh itu, peranan rakan sebaya sangat penting dalam kalangan kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih diatas kesudian saudari untuk berforum dengan saya, saya sangat tertarik dengan pendapat saudari bahawa rakan sebaya dapat mempercepatkan lagi proses perkembangan otak dan pembelajaran.

      Delete
  4. akan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

    Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

    Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

    Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
    rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kepada saudari izat kerana sudi meluangkan masa untuk berforum dengan saya. saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan berbanding dengan keluarga sendiri. perkara ini sangat dibimbangi jika kanak-kanak tersebut mempunyai kawan-kawan yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi yang positif

    ReplyDelete