Thursday, 15 October 2015

Peranan Ibu Bapa

Assalamualaikum w.b.t. 
Hye everyone . 
Apa khabar semua ?
Diharapkan sihat walafiaah semuanye .

 Hari ini saya ingin mengajak semua viewers untuk membincangkan tentang pertumbuhan dan perkembangan awal kanak-kanak. Saya berharap agak viewers semua dapat memberikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk di bawah.


Bahaskan penyataan di bawah :

"Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan"

Adakah anda bersetuju dengan penyataan di atas ? Sekiranya anda bersetuju, berikan sebab mengapa anda bersetuju dalam 150 patah perkataan



Terima kasih kerana sudi  meluangkan masa untuk berforum di blog saya .

Saya akhiri blog ini dengan serangkap pantun .

Hari ini menanam jagung ,
hari esok menanam serai,
hari ini kita berkampung,
hari esok kita bersurai.

Semoga berjumpa lagi .










8 comments:

  1. Berdasarkan kenyataan saudari, saya amat bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek. Kecerdasan emosi yakni pemikiran otak sebelah kanan manusia membantu manusia dalam melakukan sesuatu keputusan, berbeza dengan kecerdasan intelek yang bergantung kepada logic. Kecerdasan emosi yang tinggi memberi satu kelebihan kepada manusia kerana penggunaan emosi yang efektif membantu manusia dalam melakukan pertimbangan yang bijak dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang pekerjaan. Manakala kecerdasan intelek amat terhad dan sering kali mencetuskan kekeliruan kepada manusia itu sendiri. Selain itu juga, kecerdasan emosi mampu mencorakkan kehidupan manusia membantu manusia dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Walaupun dengan kecerdasan intelek yang tinggi, manusia masih lagi memerlukan kecerdasan emosi untuk mengadaptasikan diri dalam dunia pekerjaan. Harap ulasan serba sedikit ini memberi manfaat kepada saudari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berforum dengan saya. saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa kecerdasan emosi sosial lebih penting daripada kecerdasan intelek kerana kecerdasan emosi dapat memberi banyak manfaat apabila melakukan sesuatu pekerjaan dalam kehidupan seharian.

      Delete
  2. Saya sangat bersetuju dengan pernyataan di atas. Emosi dan sosial lebih penting dalam dunia pekerjaan. Alam pekerjaan adalah alam yang banyak bermain dengan emosi lebih-lebih lagi jika seseorang itu tiada pengalaman bekerja.

    Emosi banyak membantu komunikasi antara manusia. Contohnya, ekspresi wajah seseorang memberi gambaran tentang keadaan yang sedang manusia itu lalui. Hari yang baik bermula dengan senyuman. Senyuman itu penting untuk meneruskan hari seseorang itu di alam pekerjaan. Emosi juga menyatukan masyarakat. Kenalan dapat bertambah jika emosi dapat dikawal dengan baik. Emosi juga berkait dengan kesihatan seseorang. Kesihatan yang baik dapat memperbaiki emosi seseorang untuk menempuh onak dan duri kehidupan.
    Sosial pula dapat menambah pengetahuan kita di alam pekerjaan. Kita juga dapat menimba ilmu tentang sesuatu bidang yang kita pelajari. Bersosial dapat membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Berinteraksi dengan rakan sekerja dapat membaiki hubungan silaturrahim dan dapat membantu anda menyelesaikan masalah. Tekanan seseorang dapat berkurangan jika kita dapat bersosial dengan masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih diatas komen anda wahai saudari nadia. saya sangat berrsetuju dengan pendapat saudari kerana memang betul apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, emosi memainkan peranan penting dalam meneruskan hari yang seterusnya dalam pekerjaan. Selain itu juga, apabila kita mempunyai emosi yang baik, kita akan berasa gembira untuk melakukan pekerjaan dengan lebih baik.

      Delete
  3. Dalam dunia kerja, peranan IQ atau Intelligence Quotient juga penting. IQ adalah ukuran kecerdasan intelektual seseorang yang dinilai berdasarkan kemampuan kognitif, penalaran, dan logika. Tapi memiliki tingkat inteligensia yang tinggi ternyata tidak serta-merta menjamin seseorang jadi orang yang sukses. Banyak pakar menganalisa bahwa IQ yang tinggi tidak berbanding linier dengan kesuksesan. Hal ini menunjukkan bahwa banyak orang berpendidikan tinggi tetapi belum tentu punya tingkat kecerdasan emosi yang baik (belum cerdas emosinya).

    IQ tetap perlu didukung kecerdasan emosional (Emotional Intelligence/EI atau sebelumnya disebut Emotional Quotient/EQ). Kini, kecerdasan emosional menjadi salah satu hal penting dalam dunia bisnis.

    Kita sudah mengetahui bahwa orang-orang paling sukses bukanlah yang paling cerdas atau yang paling tercukupi hidupnya. Anda mungkin kenal seseorang yang cerdas tapi ternyata kurang sukses dalam pekerjaan atau hubungan pribadinya. Nah, di sinilah kecerdasan emosional berperan penting dalam kehidupan. IQ membantu untuk menyerap ilmu yang diperlukan dalam pekerjaan, tetapi kecerdasan emosional membantu kita untuk mengelola stres dan emosi serta menyelesaikan masalah dalam pekerjaan.

    Ada banyak orang di belahan dunia ini yang sangat hebat di bidang akademis tetapi mereka tidak mampu dengan baik berhubungan dengan orang lain (bergaul). Kecerdasan akademik tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sukses dalam menjalani kehidupannya, akan tetapi kecerdasan akademik (IQ) dapat membantu seseorang mendapatkan pekerjaan dan mencari nafkah lebih mudah dan tidak menunjukkan kepadanya bagaimana untuk hidup yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berforum dengan saya. saya amat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa mempunyai kecerdasan intelek belum tentu dapat menjamin seseorang itu berjaya. Pendidikan yang tinggi masih belum pasti mempunyai kecerdasan emosi yang baik. Kecerdasan emosi juga penting dalam dunia bisnes. Orang yang berjaya biasanya mempunyai kecerdasan emosi yang baik.

      Delete
  4. Kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi mengacu pada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan. Sedangkan, kecerdasan mengacu pada sesuatu untuk memberikan alasan yang logik akan suatu hubungan. Kecerdasan emosi belakangan ini dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek. Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan.

    Sebagaimana profesion perguruan yang menitik beratkan terhadap suatu tanggungjawab yang perlu digalas dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) yang kadang-kalanya sikap pelajar-pelajarnya menguji kesabarannya yang melibatkan emosi guru itu sendiri. Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima pokok utama dari kecerdasan emosi seseorang, yakni mampu mengendali dan mengelola emosi diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain, mampu merespon dan bersosialisasi dengan orang lain secara emosional, serta dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri. Menurut Aristoteles pula, dalam The Nichomacea Ethics adalah bukan emosi yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada kita mengekspresikan dan mengendalikan semua jenis emosi dan menguasainya dengan kecerdasan, bahkan nafsu jika dilatih dengan baik akan menghasilkan kebijaksanaan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas pendapat saudari dan juga sudi meluangkan masa untuk berforum dengan saya. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa profesion perguruan sangat berkait rapat dengan kecerdasan emosi. seorang guru yang baik mestilah dapat bersabar dengan anak muridnya kerana semua pelajar tidak sama jenis kelakuan nya. Kecerdasan intelek boleh dipelajari jika tidak mempunyai ilmu yang banyak, manakala kecerdasan emosi ini perlu diterapkan sejak kecil lagi

    ReplyDelete