Monday, 14 December 2015

Assalamualaikum w.b.t semua viewers semua. Ini merupakan sambungan daripada forum yang sebelumnya.



Tajuk forum yang terakhir ini ialah :

"keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia

pada pendapat viewers, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia?
Bincangkan.


terima kasih .




11 comments:

  1. Kecerdasan emosional membantu kita berhubungan dengan orang lain, bertingkah laku dengan cara yang dapat diterima oleh masyarakat, belajar memainkan peran sosial dimasyarakat serta mengembangkan sikap/tingkah laku sosial terhadap individu lain dan aktivitas sosial yang ada di masyarakat. Dalam menentukan kesuksesan karir pun kecerdasan emosional memainkan peranan penting. Mampu bekerjasama dalam tim adalah contoh dari perilaku emosional yang cerdas, sehingga menyelesaikan sebuah tugas secara bersama dan meraih sukses.
    selain itu,Dalam dunia kerja, peranan IQ atau Intelligence Quotient juga penting. IQ adalah ukuran kecerdasan intelektual seseorang yang dinilai berdasarkan kemampuan kognitif, penalaran, dan logika. Tapi memiliki tingkat inteligensia yang tinggi ternyata tidak serta-merta menjamin seseorang jadi orang yang sukses. Banyak pakar menganalisa bahwa IQ yang tinggi tidak berbanding linier dengan kesuksesan. Hal ini menunjukkan bahwa banyak orang berpendidikan tinggi tetapi belum tentu punya tingkat kecerdasan emosi yang baik (belum cerdas emosinya).

    IQ tetap perlu didukung kecerdasan emosional (Emotional Intelligence/EI atau sebelumnya disebut Emotional Quotient/EQ). Kini, kecerdasan emosional menjadi salah satu hal penting dalam dunia bisnis.

    Kita sudah mengetahui bahwa orang-orang paling sukses bukanlah yang paling cerdas atau yang paling tercukupi hidupnya. Anda mungkin kenal seseorang yang cerdas tapi ternyata kurang sukses dalam pekerjaan atau hubungan pribadinya. Nah, di sinilah kecerdasan emosional berperan penting dalam kehidupan. IQ membantu untuk menyerap ilmu yang diperlukan dalam pekerjaan, tetapi kecerdasan emosional membantu kita untuk mengelola stres dan emosi serta menyelesaikan masalah dalam pekerjaan.

    Ada banyak orang di belahan dunia ini yang sangat hebat di bidang akademis tetapi mereka tidak mampu dengan baik berhubungan dengan orang lain (bergaul). Kecerdasan akademik tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sukses dalam menjalani kehidupannya, akan tetapi kecerdasan akademik (IQ) dapat membantu seseorang mendapatkan pekerjaan dan mencari nafkah lebih mudah dan tidak menunjukkan kepadanya bagaimana untuk hidup yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang-orang paling sukses bukanlah yang paling cerdas atau yang paling tercukupi hidupnya. Anda mungkin kenal seseorang yang cerdas tapi ternyata kurang sukses dalam pekerjaan atau hubungan pribadinya.

      Delete
  2. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.

    Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.

    Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. terima kasih kepada saudari izati kerana sudi memberikan pendapat tentang keadaan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia. saya juga bersependapat dengan saudari bahawa ibubapa pada masa kini amat mementingkan pelajaran sehingga membuatkan anak-anak menjadi stress.

      Delete
  3. selamat sejahtera disini saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kesihatan mental kanak-kanak. seperti yang kita ketahui, kesihatan mental dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Ini kerana, persekitaran yang baik akan menyebabkan perkembangan mental seimbang.Namun, sekiranya dikaitkan dengan penyataan anda bahawa kanak- kanak akan mengalami tekanan perasaan kerana faktor ibu bapa dan guru adalah benar kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya pemikiran yang seimbang pada tahap prasekolah dan sekolah rendah. oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting terhadap penjagaan kanak- kanak supaya mereka tidak mengalami tekanan atau stress pada tahap umur mereka yang masih muda. Ini kerana pada tahap ini, mereka memerlukan bimbingan dalam melakukan sesuatu mereka. Kerana dunia mereka adalah dunia bermain. Oleh itu, kesihatan mental harus dijaga kerana akan mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. selamat sejahtera juga saudari intan, ya, saya bersetuju dengan pendapat saudari tentang persekitaran yang baik mempengaruhi perkembangan mental yang seimbang. saya juga bersetuju dengan pendapat saudari yang mengatakan bahawa faktor persekitaran amat mempengaruhi kesihatan mental seseorang individu. selain itu juga, guru amat penting dalam memerhati setiap kelainan tingkah laku anak muridnya.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari fatma. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. terima kasih kepada saudari asha kerana sudi meluangkan masa untuk berforum dengan saya. saya juga amat bersetuju dengan pendapat saudari asha bahawa pihak berwajib mestilah memainkan peranan dalam mencegah masalah kesihatan mental kanak-kanak dalam negara ini.

      Delete